Shafie Tersinggung Dengan Mahathir, Kata DAP

- Advertisement -

Cyberjaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjanji kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) tidak akan ditubuhkan di negeri itu.

Kemunculan PPBM di Sabah adalah hasil tindakan lompat parti menyebabkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersinggung, kata Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

”Sebenarnya, Mahathir pernah berjanji kepada Warisan bahawa Bersatu tidak akan masuk Sabah. Nampaknya hati Shafie tersinggung juga. My God!,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Ronnie turut memuatnaik ceramah Mohd Shafie di hadapan rakyat Sabah betapa beliau tersinggung dengan keputusan Mahathir membawa masuk parti itu.

Dalam rakaman ceramah itu, Shafie berkata, dalam tahun pertamanya sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau terpaksa turun naik mahkamah untuk memutuskan jawatan kepimpinan negeri itu.

“Lepas itu tahun kedua masuk tahun kedua masuk pula parti Mahathir, berpayung pula di situ, kacau sana-sini,” kata Shafie, memetik kenyataan dalam rakaman berkenaan.

Pada pertengahan Februari 2019, Dr Mahathir pernah menegaskan tujuan PPBM melebarkan sayap membuka cawangan di Sabah bukan untuk menukar kerajaan negeri, sebaliknya bertujuan mengukuhkan kerajaan Warisan pimpinan Shafie.

“Kita nak pergi Sabah nak perkuatkan kerajaan Shafie. Kita tak akan menentang. Kita dari parti PH. PH menerima Warisan dalam kerajaan dan kita akan pergi ke sana untuk bantu Shafie, bukan tukar kerajaan,” kata Dr Mahathir, dipetik dari laporan Sinar Online bertarikh 15 Februari 2019.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 60 kerusi DUN Sabah, manakala Warisan menang di 21 kerusi, diikuti DAP 6 kerusi, PKR 2 kerusi dan baki dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR).

BN dengan sokongan STAR kemudian membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 31 kerusi DUN dan Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018.

Namun, dua hari selepas itu kerajaan BN dijatuhkan dan Shafie dilantik menjadi Ketua Menteri selepas enam ADUN BN melompat menyertai Warisan.

Beberapa bulan kemudian, sekumpulan lagi ADUN keluar dari BN yang diikuti penubuhan PPBM di Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat