KKM Gesa Semua Premis Daftar MySejahtera

- Advertisement -

Putrajaya – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis mendaftar aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19.

Noor Hisham berkata penggunaan aplikasi tersebut juga akan dimasukkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Dalam kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga, restoran nasi kandar didapati tidak menggunakan aplikasi Mysejahtera, pendaftaran pengunjung secara manual atau mengambil suhu badan pelanggan mereka.

“Sekarang ini kita ada masalah, cabaran kita untuk mengesan kontak rapat.

“Sebab yang pertama, tidak ada penggunaan Mysejahtera ataupun aplikasi lain, yang kedua tiada rekod.

“Kedai-kedai sepatutnya ada rekod pelanggan yang keluar masuk kedai tersebut dengan nombor telefon dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata sekiranya tiada rekod, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPBD) akan dilaksanakan di kawasan tersebut, selain tindakan kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penyakit tersebut.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap kes indeks Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.

Beliau mengulas sesetengah pihak yang didakwa membuat ancaman, termasuk secara fizikal terhadap individu daripada kluster terbabit.

“Individu tersebut telah pun melanggar kepatuhan dan kita telah pun denda individu tersebut.

“Dia positif, kita kena masukkan ke hospital dan diasingkan. Saya syorkan untuk ambil tindakan undang-undang dalam peraturan Akta 342.

“Jangan kita mengambil undang-undang sendiri di tangan kita iaitu melanggar undang-undang. Biarkan pihak berkuasa jalankan Penguatkuasaan di bawah Akta 342 dan akta- akta yang lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat