Amitabh Bachchan Keluar Dari Hospital Setelah Disahkan Negatif Covid-19

- Advertisement -

AKTOR veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan berkongsi berita gembira dengan peminatnya bahawa beliau disahkan negatif Covid-19 dan sudah didiscaj dari hospital.

Menulis berita gembira itu di akaun Twitternya, beliau memaklumkan sudah dibenarkan pulang selepas dikuarantin sebelum ini kerana disahkan positif Covid-19.

Amitabh turut berkongsi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Nanavati, beliau dijaga rapi oleh petugas kesihatan di pusat perubatan itu sehingga dia disahkan pulih sepenuhnya.

“Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian di rumah.

“Saya juga bersyukur atas penjagaan rapi oleh Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan hari ini,” jelasnya.

Amitabh sebelum ini disahkan positif Covid-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.

Terdahulu, Amitabh dan anak lelakinya, Abhishek Bachchan disahkan positif dan sehari kemudian menantu dan cucunya, Aishwarya Rai dan Aradhya juga disahkan dijangkiti virus itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibenarkan discaj lebih awal berbanding Amitabh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat