MN Boleh Menang Mudah PRU15 Jika Satu Lawan Satu – Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Muafakat Nasional (MN) boleh menang dengan majoriti mudah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan syarat ianya pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang, lapor Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai peluang itu, Hadi menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu memenangi PRU15 sekiranya menyertai MN.

Hadi berkata selagi ia dipersetujui semua parti dalam MN, pertandingan dua penjuru akan membolehkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dicapai, malah tidak mustahil juga majoriti dua pertiga 148 kerusi.

“Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagi lah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan,” kata beliau menerusi satu wawancara bersama akhbar berkenaan.

Hadi berkata, semua parti dalam MN perlu ikhlas dan tidak melakukan pengkhianatan dengan sabotaj sesama sendiri.

Sama ada PAS atau UMNO yang mendapat kerusi lebih besar, “masing-masing jangan khianat,” tambahnya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata sekiranya sesebuah parti itu menang lebih banyak kerusi, parti yang mempunyai lebih banyak kerusi juga tidak boleh tinggalkan gabungan itu.

“Yang penting, kita setia kepada perjanjian, iaitu piagam MN,” katanya.

Hadi turut menegaskan rundingan kerusi perlu diserahkan kepada pimpinan PAS dan UMNO tanpa campur tangan akar umbi, yang mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung perkara itu.

MN secara rasminya ditubuhkan September tahun lalu, selepas UMNO dan PAS mengadakan muafakat selepas PRU14.

Baru-baru ini dilaporkan Bersatu berminat untuk menyertai MN selepas usaha untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi masih tidak menjadi kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat