Titah Adendum: Najib akan rayu, yakin ada sesuatu cuba disembunyikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Razak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Najib mendakwa, perintah tambahan itu mengarahkan supaya beliau menjalani baki tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui pemberita selepas prosiding, berkata beliau menerima arahan daripada bekas perdana menteri itu untuk memfail rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Amarjeet Singh, ke Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

Shafee berkata, beliau bingung dengan pendirian kerajaan yang menafikan kewujudan perintah tambahan itu dengan mengelakkan untuk menyentuh isu berkenaan.

Beliau berkata, jika kerajaan berani secara terbuka menyatakan tiada perintah tambahan, maka semua pihak tidak perlu datang ke mahkamah lagi.

“Kita semua boleh balik ke rumah dan tidur. Tidak perlu membuat bising lagi.

“Mengapa kerajaan tidak berani menyatakan perkara ini? Seseorang mesti menyembunyikan sesuatu,” katanya.

Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Menurut BH, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Beliau juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat