Dasar baharu 5G jejaskan pengguna dan kontraktor bumiputera

- Advertisement -

Oleh Rahman Husin.

Memandangkan Putrajaya tunduk kepada tuntutan taikun syarikat telekomunikasi – nasib vendor bumiputera kini berada dalam keadaan tidak menentu (limbo).

Peluang besar kontraktor bumiputera dalam pelaksanaan 5G negara melalui Digital Nasional Berhad (DNB) bukanlah hujahan kosong. Pada Mac 2022, Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng membangkitkan kebimbangan mengenai keputusan Putrajaya untuk memperuntukkan 61% daripada kontrak pelaksanaan 5G DNB untuk kontraktor Bumi yang berkelayakan.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) belum menjadi kerajaan, Guan Eng telah menunjukkan belang sebenar dalam memperlekehkan Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

Justeru itu tidak hairanlah landskap pelaksanaan 5G telah berubah secara mendadak apabila PH-BN merampas kuasa Putrajaya.

DNB adalah kambing hitam pertama yang dipenggal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuang masa berikrar untuk meneliti “monopoli” dan kekurangan “ketelusan” dalam perolehan dan pemberian kontrak oleh DNB.

Sebenarnya, kritikan terhadap monopoli ini telah pun dijawab dengan tuntas oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Ralph Marshall sebelum PH mengambil alih kerajaan lagi.

Menurut Marshall objektif utama pelaksanaan rangkaian 5G adalah untuk mengubah internet Malaysia menjadi kemudahan awam, yang memberi manfaat kepada rakyat. Beliau menekankan keperluan sebuah entiti berkaitan kerajaan yang mengutamakan kepentingan awam berbanding keuntungan, dan menghalang syarikat telekomunikasi, yang terkenal kerana mengutamakan keuntungan mereka sendiri, daripada menghalang pelaksanaan 5G tepat pada masanya, seperti yang mereka lakukan secara memalukan dengan pelancaran 4G sebelumnya.

Dalam hal ketelusan juga DNB telah berulang kali menangani tuduhan kurang ketelusan dengan mendedahkan nilai sebenar bidaan yang dikemukakan oleh Ericsson – yang memperoleh kontrak sebagai penyedia infrastruktur 5G utama di Malaysia.

Kejayaan mereka adalah berdasarkan merit dan keberkesanan kos, dengan tawaran mereka adalah RM700 juta lebih rendah daripada pesaing terdekat mereka. Anehnya, di sebalik fakta menarik ini, kerajaan pimpinan Anwar dan sekutunya seolah-olah menutup mata.

Pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, perubahan dasar 5G dengan peralihan daripada pengendali rangkaian tunggal (SWN) kepada rangka kerja dwi-rangkaian (DWN), pada Januari 2024 telah mencetuskan reaksi segera dari beberapa telko. CelcomDigi dan Telekom Malaysia Berhad dengan pantas membatalkan langganan mereka kepada saham DNB.

Tindakan ini akan menggagalkan usaha kerajaan terdahulu untuk memastikan syarikat telekomunikasi mempunyai kepentingan dalam DNB, menjamin bahawa objektif utama menjadikan internet 5G sebagai kemudahan awam akan direalisasikan.

Dalam menuju 2024, ketika titik liputan 5G DNB akan mencapai 80%, landskap industri telekomunikasi sebahagian besarnya kekal tidak berubah kerana keputusan ini. Konglomerat telekomunikasi yang dipacu keuntungan terus mendominasi, menjadikan akses internet sebagai komoditi yang mahal dan bukannya kemudahan awam yang mampu dimiliki.

Lebih malang agenda pemerkasaan Bumiputera sekali lagi diketepikan, dibayangi oleh kerakusan tidak puas hati konglomerat telekomunikasi.

Kita pasti tertanya-tanya sama ada Entiti B yang dicadangkan oleh Fahmi akan dengan rela hati memasukkan agenda Bumiputera ke dalam strategi perniagaan mereka.

Apakah Pasukan Petugas baru yang ditubuhkan di bawah kepimpinan Fahmi terlibat dalam perbincangan yang bermakna dan berjaya memperkasakan kontraktor Bumi dan menggalakkan persaingan yang sihat?

Ini semua tidak berlaku. Yang nampak satu-satunya hasil yang ketara ialah pengenalan Pakej 5G Rahmah, ‘a band-aid solution (jalan keluar sementara yang tidak menyelesaikan isu pokok) untuk meredakan ketidakpuasan hati orang ramai.

Isu asas harga internet yang terlalu tinggi dan ketiadaan pelan jangka panjang yang komprehensif kekal tidak dapat diselesaikan.

Di sebalik peluang cerah yang melalui pelaksanaan 5G yang diterajui DNB dan pelan pemerkasaan TERAJU, masa depan cerah vendor Bumi yang layak terbantut oleh keghairahan Putrajaya untuk meredakan kepentingan korporat dengan bertopengkan “pasaran bebas”.

Kesimpulannya, agenda 5G negara, yang pernah diperjuangkan sebagai wadah untuk kemajuan sosioekonomi yang saksama, kini mendapati dirinya berada dalam kesempitan; dijadikan tebusan oleh taikun telekomunikasi yang berkuasa dan berkorban di atas altar kerakusan mereka yang tidak pernah puas.

Ketika Malaysia menuju ke arah masa depan digital, adalah penting untuk mencapai keseimbangan yang halus yang memastikan kemajuan teknologi sambil mengutamakan kebajikan dan pemerkasaan semua rakyat Malaysia. Hanya dengan itu semangat perpaduan dan kemajuan sebenar Malaysia boleh dicapai, memacu negara ke arah hadapan ekonomi yang dicita-citakan.

(Artikel ini merupakan terjemahan bebas dari tulisan asal saudara Rahman Husin yang berjudul Bumi vendors at stake if DNB fails. )

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat