PM Beri Bayangan Bantuan Tunai BKM Mungkin Ditambah Bagi Bantu Rakyat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan tunai tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika kenaikan harga barangan terus berlaku.

Memetik laporan BH, Perdana Menteri berkata, ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup jika harga barang terus meningkat.

Menurut beliau lagi, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.

“Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya semasa berucap pada Kenduri Rakyat di Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor, hari ini.

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Baru-baru ini, kerajaan turut mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat