KKM Tempatkan 140 Petugas Kesihatan Pantau PRK Chini 

- Advertisement -

PEKAN – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan hampir 140 petugasnya sewaktu hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Sabtu ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ia termasuk enam orang petugas kesihatan di semua 13 pusat mengundi, yang terdiri daripada empat doktor dan dua Pembantu Persekitaran Awam.

“Petugas kesihatan ini akan memantau pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“KKM telah bersedia, semua orang sudah diberi taklimat dan semua perkara telah disiapkan. Kita akan sediakan petugas yang berpengalaman dan terlatih,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Prihatin Bersama Rakyat Chini dekat sini, hari ini.

Beliau berkata tiga ambulans akan turut ditempatkan di dalam kawasan DUN Chini Sabtu ini, sebagai persediaan jika berlaku kecemasan berkaitan dengan PRK berkenaan.

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata pengundi bergejala yang datang ke pusat mengundi pada Sabtu ini tetap akan dibenarkan mengundi, tetapi dengan pengawasan ketat daripada KKM.

Katanya setiap pengundi perlu menjalani pemeriksaan suhu, sanitasi tangan dan diberi sarung tangan sebelum mengundi.

“Andai kata sesiapa yang didapati bergejala, mereka akan ditempatkan di khemah khas. Pasukan kesihatan yang ada akan buat pemeriksaan rapi dan jika ada keperluan untuk dirujuk ke hospital, mereka akan dirujuk secepat mungkin,” katanya.

Seramai 20,816 orang daripada 20,972 orang pengundi biasa layak mengundi Sabtu ini manakala 156 orang lagi telah mengundi secara pos.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat