13 Tan Rambut Dari China, Dirampas

- Advertisement -

NEWARK: Kastam Amerika Syarikat (CBP) merampas 13 tan bahan berasaskan rambut manusia dari China, dipercayai untuk digunakan sebagai produk kecantikan di negara berkenaan.

Menurut CPB, pengiriman tersebut berasal dari Xinjiang, China, yang menunjukkan kemungkinan pelanggaran hak asasi manusia terhadap buruh paksa dan pemenjaraan (produk dihasilkan dari rambut banduan yang ditahan). Produk dianggar bernilai lebih dari $ 800,000.

Xinjiang adalah wilayah autonomi luar bandar di barat laut China dan menempatkan sekitar 11 juta orang Uighur – etnik minoriti yang didominasi Muslim dengan budaya dan bahasa yang berbeza.

Sehingga baru-baru ini, terdapat lebih banyak orang Uighur di Xinjiang daripada orang Cina Han, etnik majoriti di negara tersebut.

Ini adalah kali kedua dalam tahun ini CBP merampas produk dari China yang disyaki dibuat dari rambut tahanan.

“Adalah sangat mustahak bagi pengimport Amerika untuk memastikan integriti rantaian bekalan mereka memenuhi standard kemanusiaan dan etika yang diharapkan oleh kerajaan Amerika dan pengguna Amerika,” kata Brenda Smith, penolong pesuruhjaya eksekutif Pejabat Perdagangan CBP.

China berada dibawah pemerhatian antarabangsa atas layanan terhadap etnik Uighur, dan pada bulan Jun, Presiden Trump menandatangani rang undang-undang yang bertujuan untuk menghukum Beijing kerana kononnya menindas etnik minoriti – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat