Malaysia di tangga pertama kategori negara paling disayangi

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malaysia berada pada tangga pertama bagi kategori negara paling disayangi dalam kalangan 20 negara Asia yang lain.

Ia adalah berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh sebuah portal antarabangsa, Insider Monkey.

Malaysia berjaya berada di kedudukan teratas mengenepikan negara-negara Asia lain antaranya Singapura pada tangga ke-3, Jepun tangga ke-4, Korea Selatan tangga ke-6, Thailand tangga ke-11 dan Indonesia tangga ke-12.

Penyenaraian itu berdasarkan lima artikel yang diterbitkan oleh portal sepanjang tahun 2023 meliputi 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 Negara Paling Banyak Dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia serta Negara Paling Demokratik di Asia.

Malaysia merekodkan markah keseluruhan 0.701, jauh meninggalkan Taiwan di tangga kedua yang hanya memperoleh 0.595 markah.

“Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami. Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu.

“Selain itu, ia adalah negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022,” lapor portal tersebut. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat