Marshanda tabah jalani rawatan kanser payudara

- Advertisement -

Jakarta: “Kematian adalah sebahagian daripada putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua risaukan saya jadi tolong doakan sahaja,” kata pelakon dan penyanyi Indonesia, Andriani Marshanda, 32.

Pelakon drama Sejuta Cinta Marshanda itu berdepan situasi mencabar dalam hidupnya selepas mendedahkan yang kini dia sedang menghidap kanser payudara.

Marshanda membuat pengakuan itu menerusi satu sesi live di Instagram dan turut memuatnaik perkongsian yang sama di YouTube miliknya dengan tajuk ‘I have breast tumor’.

Dalam perkongsian itu, dia tidak mampu menahan rasa sebak sehingga beberapa kali menitiskan air mata selain mengakui sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Dia juga sedang menjalani rawatan lanjut di Singapura di samping mahu mencari jawapan terhadap situasi yang melandanya.

“Saya datang ke Singapura disebabkan mahu melakukan MRI (Pengimejan Resonans Magnetic) dan saya di sini akan terus berjuang untuk kesihatan saya.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin. Jadi tolong doakan kesihatan saya agar kembali sembuh seperti normal,” katanya dalam nada sebak.

Tegasnya, dia mampu menjalani ujian ini dengan tabah, namun apa yang membuatnya sedih adalah ketika dia melihat orang lain bersimpati dengan situasinya ketika ini.

Walaupun sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi, Marshanda tetap berusaha dan berdoa agar diberi kesembuhan dan kembali sihat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat