Tanya MITI, Jawab Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta persoalan berkaitan kelulusan operasi ketika sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikemukakan terus kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, perkara membabitkan kelulusan operasi sudah diserahkan kepada MITI untuk diputuskan.

“Perkara ini sedang diuruskan oleh MITI, wajar tanya kepada MITI.

“Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada MITI, jadi MITI boleh jawab,” katanya pada sidang media secara maya Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluhan orang ramai berhubung kekeliruan kebenaran operasi perkhidmatan perlu sepanjang sekatan penuh pergerakan PKP.

Ditanya perkara sama membabitkan pergerakan media selepas ada wakil petugas itu dikompaun walaupun sudah menunjukkan pas dikeluarkan Jabatan Penerangan selain sukar melepasi sekatan jalan raya, Ismail Sabri berkata, perkara itu juga perlu diajukan kepada MITI.

Seperti yang disenaraikan, katanya, media adalah antara 17 perkhidmatan perlu bagi sektor komunikasi yang dibenarkan beroperasi.

“Media sebenarnya antara 17 perkara yang saya sudah umumkan di bawah komunikasi dan media.

“Ia disebutkan secara jelas tanpa memperincikan apa jenis media kerana saya takut orang keliru, sebab bila saya sebut penyiaran, takut orang ingat itu untuk televisyen dan sebagainya.

“Jadi saya tulis dalam pengumuman itu sebagai media, bermakna semua jenis media termasuk dalam keperluan asas yang kita benarkan.

“Justeru, jika ada perkara berbangkit berhubung operasi media ketika tempoh PKP penuh, itu kena tanya MITI,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat