MB, EXCO Johor Potong Tiga Bulan Gaji

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk I.r Hasni Mohamad bersetuju untuk menyumbangkan tiga bulan gaji yang diperolehinya ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.

Katanya lagi, pemotongan gaji bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Menurut beliau lagi, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju untuk memotong gaji selama 3 bulan.

“Dalam mesyuarat mingguan semalam, saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk menyumbangkan tiga bulan gaji ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.

” Sumbangan bagi gaji bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” katanya melalui kenyataan media.

Untuk makluman, sejak ditubuhkan pada tahun lalu ekoran penularan COVID-19, Tabung Bencana Negeri Johor sudah menerima sebanyak RM44.83 juta sumbangan dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada pelbagai pihak. Hingga kini,

“Sebanyak RM41.65 juta sumbangan sudah digunakan untuk manfaat rakyat.

” Bagi menambah dana dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam di negeri ini, saya ingin mengajak semua Ahli Yang Berhormat di Johor untuk bersama-sama menyumbang sebahagian daripada elaun yang diterima masing-masing ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor untuk membantu rakyat,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru pihak swasta, korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang prihatin untuk menyumbang ke dalam tabung berkenaan bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi sesama kita dan kita mesti menang dalam perperangan melawan COVID-19 ini.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat