Klip ‘Jatuh Bot’ Jadi Parodi Mat Salleh, Wartawan TV3 Kongsi Kisah Abang Aziz Kepada Netizen

- Advertisement -

Sekiranya anda masih ingat, sekitar dua tahun lalu tular sebuah video seorang Jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu.

Insiden tersebut yang disertakan dengan reaksi wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang terkejut dan bercakap dalam loghat Terengganu membuatkan video tersebut unik sekaligus menjadi tontonan netizen berulang kali. Tidak kurang juga, para netizen yang turut menghasilkan parodi.

 

Terbaharu, video yang masih segar dalam ingatan netizen ini sekali lagi dijadikan parodi. Namun, apa yang membuatkan parodi pada kali ini lebih menarik adalah ia dihasilkan oleh seorang Mat Salleh.

Gayanya yang bersahaja dan lucu sekaligus menarik perhatian wartawan Mohd Ishak Abdillah untuk berkongsi di laman Twitter beliau.

 

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, para netizen nampaknya terhibur dengan parodi yang dibuat. Selain itu, para netizen juga turut mengucapkan selamat bersara buat jurukamera TV3, Haji Aziz Abdullah yang bakal bersara 18 Jun ini selepas 26 tahun berkhidmat.

 

 

 

 

Sementara itu, terdapat pengguna Twitter yang mahu melihat wajah ‘Abang Azih’ selepas video tersebut tular. Menurut Mohd Ishak, beliau dilaporkan bakal membuat kemunculan pada hari persaraan beliau iaitu pada 18 Jun ini.

Selamat bersara kami ucapkan buat Haji Aziz Abdullah atas khidmat beliau sepanjang karier. Pastinya peristiwa jatuh bot di Setiu, Terengganu ini akan diingati beliau dan orang ramai untuk tempoh yang panjang.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat