Polis Tahan Ahli Politik Bantu Siasatan Dakwaan Cabul Peserta Unduk Ngadau 2021

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang ahli politik bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 52 itu ditahan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Sudah ditahan… penahanan itu adalah prosedur biasa bagi membantu siasatan,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Hazani dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat seorang individu yang didakwa mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 dan siasatan dilakukan secara telus berdasarkan undang-undang sedia ada serta tindakan sewajarnya diambil tanpa mengira latar belakang individu terlibat. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat