Pemangku Raja Pahang Meriahkan Rumah Terbuka MB Pahang

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Rumah terbuka itu julung-julung kalinya dilakukan itu mendapat sambutan ramai dengan dihadiri barisan Exco Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat.

Keberangkatan Tengku Hassanal disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

https://fb.watch/cMGviYhpuI/

Pada majlis tersebut Tengku Hassanal dan Wan Rosdy memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Dalam pada itu, Tuanku juga berkenan mencemar duli untuk mencedok aiskrim dan diberikan kepada pengunjung yang hadir.

Pemangku Raja Pahang juga mengambil kesempatan untuk melawat gerai-gerai yang menyediakan pelbagai jenis kuih-muih, sate, soto, ketupat, lemang, lauk-pauk serta pelbagai jenis minuman. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat