Polis Siasat Neelofa Berkaitan Isu Rentas Negeri Beli Karpet Di Nilai

NILAI – Polis menjalankan siasatan terhadap gambar dan video selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang dipercayai berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan, pada 3 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selebriti sensasi berkenaan terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa ‘merentas negeri’ ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Pada Ahad, Neelofa dipercayai memuat naik video di Instagram Story menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai 3, sebelum memadamnya.

Tindakan bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi di kalangan warganet susulan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebelum ini Neelofa dikompaun sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinannya dengan PU Riz yang berlangsung pada 27 Mac lalu. – Sinar

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...