‘Takiyuddin Perlu Dengar Nasihat Sendiri Tentang Undang-Undang’ Sindir Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang telah menasihati penjawat awam agar lebih berhati-hati ketika berbicara mengenai undang-undang dan menahan diri dari membuat tafsiran berdasarkan emosi, harus mengambil nasihatnya sendiri, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian mengulas pelbagai alasan Takiyuddin agar Parlimen terus ditutup semasa darurat walaupun Yang Di-Pertuan Agong menyatakan bahawa badan perundangan boleh bersidang jika perdana menteri menasihati sedemikian.

“Takiyuddin beranggapan dengan anggapan yang paling salah bahawa dia mengawal Parlimen dan memutuskan sama ada Parlimen boleh bersidang atau tidak, bahawa dia lebih berkuasa dan lebih penting daripada speaker Parlimen, yang dipandangnya sebagai hanya mengikut arahan.

“Adakah Takiyuddin menyedari bahawa Speaker Dewan Rakyat berada di tangga ke-13 dalam senarai protokol, seperti yang disiarkan dalam Perintah Keutamaan Persekutuan, sementara menteri kabinet – termasuk menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – berada di bawah senarai, menduduki tempat ke-16 dalam senarai protokol?” soal Kit Siang.

Oleh itu beliau mengatakan bahawa adalah tidak masuk akal bagi Takiyuddin untuk menganggap dirinya sebagai “Tuan Parlimen” yang boleh memutuskan sama ada Parlimen boleh bersidang atau tidak.

Kit Siang mengatakan Takiyuddin telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menegaskan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang.

“Kabinet Muhyiddin telah melanggar Perlembagaan Malaysia.

“Ia tidak seharusnya terus mengabaikan dan melanggar Perlembagaan tetapi harus memutuskan pada hari Rabu ini untuk menasihati Yang di Pertuan Agong untuk Parlimen bersidang – dan membiarkan perkara-perkara seterusnya seperti perlindungan apa yang harus diambil dalam menghadapi wabak Covid-19 (dengan ancaman keempat Gelombang Covid-19) kepada Speaker dan jawatankuasa parlimen yang berkaitan,” kata veteran DAP itu.

Nasihat Takiyuddin kepada penjawat awam hadir setelah bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana campur tangan dalam pelantikan pegawai kanan polis.

Takiyuddin mengatakan bahawa pelantikan itu berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis, yang dipengerusikan oleh Hamzah.

Namun, Takiyuddin tidak mempertimbangkan kenyataan bahawa Hamzah mengaku membincangkan pelantikan orang yang berpihak kepadanya bagi jawatan penting dalam pasukan polis yang disebutnya sebagai “budak kita”.

Rakaman perbualan itu ditularkan sebelum ini dan kemudian disahkan oleh Hamzah sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat