Acryl Sani mula bertugas sebagai Ketua Polis Negara hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negara hari ini dalam majlis serahan tugas yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, di Bukit Aman.

Majlis itu sepatutnya disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bagaimanapun beliau tidak hadir atas sebab-sebab tidak diketahui.

Acryl menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara hari ini selepas dua tahun memegang jawatan Ketua Polis Negara.

Acryl, 59, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Ogos tahun lalu bagi menggantikan Mazlan Mansor yang bersara wajib.

Anak kelahiran Petaling Jaya itu memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai polis pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Beliau antara lain pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat