Penyokong paksa saya bertanding PRU-15 – Dr M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penyokong beliau mungkin akan memaksanya bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Dalam temu bual dengan Dialektika TV di Facebook, beliau menyuarakan keengganannya untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya tak nak bertanding, tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak bertanding, ‘they get mad’ (marah). Saya tak tau nak buat apa,” kata bekas Perdana Menteri itu.

“Saya terpaksa ikut orang yang sokong saya. Dari dulu pun bukan nak bertanding, tapi orang yang nak saya bertanding.”

Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi bercakap mengenai parti pimpinannya, iaitu Pejuang, yang menurutnya ditubuhkan bagi membaik pulih pentadbiran negara.

Beliau menubuhkan Pejuang bersama lima Ahli Parlimen yang keluar Bersatu sebelum ini.

Lima Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

“Waktu ini kita dapati Pejuang itu kecil. Perjuangan kita ini adalah perjuangan rakyat.”

Beliau berkata, ramai orang tidak senang dengan amalan rasuah yang dikaitkan dengan kerajaan sekarang.

“Wakil rakyat boleh dibeli, kerajaan pun boleh dibeli. Ini sangat berbahaya. Ramai rakyat tak nak sokong mana-mana parti sebab tujuannya untuk diri sendiri.

“Pejuang bukan parti untuk ahlinya. Parti ini untuk kita menang dan dirikan kerajaan yang mahu menjalankan tugas membersihkan dan membangunkan negara, bukan diri sendiri.

Parti itu tidak didaftarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pada Januari JPPM menghantar surat menolak pendaftarannya.

Bulan lepas Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan JPPM membuat keputusan berhubung permohonan rayuan pendaftaran parti itu.

Menteri dan JPPM dinamakan sebagai responden dalam tindakan undang-undang itu. -SuaraTV

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...