8,000 takut, tarik diri disuntik AstraZeneca – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rekod mencatatkan seramai 8,000 orang membatalkan pendaftaran vaksin mereka di bawah MySejahtera disebabkan pengumuman kerajaan sebelum ini AstraZeneca akan dimasukkan dalam pelan imunisasi kebangsaan.

“Sebab utama kita membuka pendaftaran AstraZeneca secara sukarela ialah kerana keenganan terhadap vaksin jenama ini untuk Covid-19,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Memandangkan jumlah pembatalan yang semakin meningkat, katanya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah memutuskan untuk membatalkan suntikan vaksin AstraZeneca daripada program imunisasi kebangsaan dan menawarkan vaksin tersebut sebagai pilihan secara sukarela.

“Setelah kami mengumumkan pilihan sukarela untuk progtam vaksinasi AstraZeneca, sekitar 80% orang yang membatalkan pendaftaran mereka di MySejahtera mendaftar semula untuk janji temu vaksinasi mereka.

“Ini adalah data yang kami tunjukkan bagaimana wujud keraguan pada vaksin,” katanya.

Laporan berita bahawa vaksin AstraZeneca akan dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan menimbulkan kerisauan orang ramai berikutan beberapa laporan darah beku kepada sebilangan kecil penerima vaksin itu di negara-negara lain.

Beberapa orang penerimanya juga turut dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

Khairy turut berkata vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela di pusat vaksinasi tertentu dan ia tidak akan digunakan dalam program imunisasi kebangsaan yang dijalankan ketika ini.

“Kami tak mahu bazirkan vaksin ini yang terbukti selamat dan efektif,” katanya.

“Namun kami juga memahami sains dan fakta tidak mampu tangani kerisauan orang ramai dan berita palsu turut beredar mengenai vaksin ini.”

Sekitar 268,600 dos suntikan vaksin yang diperuntukkan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur semalam habis ditempah dalam masa beberapa jam sahaja ketika ia dibuka untuk pendaftaran tengahari semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat