‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini.

Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian kali kedua itu.

“Alhamdulillah aku dah cerai. Anju nak benda ini tular supaya dia boleh dapat ‘views’ yang tinggi. Jom sokong dia. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anjing, kucing tengah kisah dan heran tentang dia. Ayuh sokong Anju,” katanya.

Eilyas berkata keputusan itu dibuat bertujuan menjaga maruahnya dari terus diperkotak-katikkan oleh bekas isterinya.

“Bunga bukan sekuntum. Maruah je la kena jaga. Maruah diri lagi, keluarga lagi, anak-anak lagi. Dah cukup dah bersabar. Malas dah. Baik fokus diri sendiri.

 

LUAHAN bekas suami Zarina Anjoulie di Instagram.
LUAHAN bekas suami Zarina Anjoulie di Instagram.

 

“Aku dah banyak bagi muka sampai aku takda muka dah. Hiduplah kau dengan tenang. Inalillah,” katanya.

Dia turut mengucapkan lafaz ‘Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang’ untuk mengelakkan terjadi sebarang perkara berbangkit.

“Mana tahu tiba-tiba nanti dia cakap dia tak tahu ke (diceraikan), hakim nak minta saksi tapi takda ke.

“Elok la aku selitkan lafaz kat sini sekali. Dah la tu kot. Takda apa dah aku nak cakap. Have a good day semua. Bye,” katanya.

Eilyas turut menafikan dirinya bersikap keanak-anakan kerana asyik bercerai.

“Siapa yang cakap aku seperti kanak-kanak ke apa ke sebab asyik cerai. Sekarang aku muat naik macam ini. Sebelum ni ada aku buat benda terkutuk keji ni? Ada aku nak muat naik?

“Aku diam saja. Kehidupan sebenar dengan media sosial ini lain. Semuanya palsu. Biar aku, keluarga dan Allah saja yang tahu.

“Bukan pertandingan pun siapa betul siapa salah, siapa menang siapa kalah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat