Dakwaan langgar SOP tak betul

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan wujud pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pada majlis tahnik anak keduanya yang diakan pada 26 April lalu.

Siti berkata, dakwaan mengatakan seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus merentas negeri bagi menghadiri majlis itu adalah tidak benar.

“Berhubung isu yang sedang  tular ketika ini, saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selaku tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.

“Dakwaan ini ditimbulkan apabila kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB sseperti yang tertakluk pada tempoh itu.

“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.

Siti turut menjelaskan, kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah untuk majlis khas seperti didakwa.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.  Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.

“Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu,” katanya.

Dalam masa sama, Siti memohon maaf jika majlis diadakan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat