Betulkah UMNO rasmi putus dengan Bersatu/PN , sekarang kerjasama dengan siapa?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa bertanya kesahihan status kerjasama UMNO dan Bersatu yang khabarnya sudah rasmi melafazkan talak.

Bekas Setiausaha Agung UMNO/ Barisan Nasional (BN) itu memberitahu beliau difahamkan pada 26 Februari lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.

Katanya kandungan surat memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat pada 19 Februari di Janda Baik.

Menurut Annuar MKT telah memutuskan bahawa tidak ada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU 15.

Selain itu katanya, UMNO berpendapat kebersamaan parti itu dalam kerajaan hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sebagai ahli kita berhak mengetahui apakah berita ini benar.Jika benar,kenapa ahli tidak di beritahu mengenai tindakan tersebut.

“Ahli juga perlu tahu, apakah benar dua perkara tersebut sememangnya diputuskan oleh mesyuarat MKT. Jika benar tentu ahli mahu tahu, rasional keputusan itu dibuat sekarang,sedangkan pilihan raya tak tahu bila,”ujar Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Kata Annuar, banyak persoalan yang timbul.

“Kenapa sudah diputuskan tidak berkerjasama sekarang, sedangkan ada usul usul sedemikian yang perlu di bawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) terlebih dahulu. Mengapa mendahului PAU?

“Sekiranya benar keberadaan UMNO dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen di bubarkan, apakah antara tarikh pembubaran hingga PRU diadakan, UMNO tidak berada dlm “caretaker government?”
“Tidakkah tindakan yang dibuat dalam keadaan tarikh PRU belum diputuskan, memberi ‘disadvantage’ kepada UMNO, kerana sudah tentu pihak kerajaan, khususnya Bersatu mungkin tidak lagi memberi kerjasama kepada pemimpin UMNO yang sudah mengambil pendirian menentang atau menolak Bersatu,” jelas Annuar.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tidak berkerjasama dengan Bersatu bererti tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari ahli gabungan parti -parti Bersatu, PAS, Gerakan, PBS dan Star .

Soal beliau apakah ini menguatkan atau melemahkan parti?

“Kalau sudah buat keputusan tidak berkerjasama dengan Bersatu/ PN,maka ahli mahu tahu UMNO mahu berkerjasama dengan siapa?Bersendirian? Dengan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Dengan DAP dan Lim Kit Siang dalam jajaran baru?

“Apakah keputusan ini sudah di terima oleh Dewan Tertinggi BN, sedangkan dalam PRU kita bertanding atas nama BN?

“Sebagai ahli, kita menunggu penjelasan para pemimpin. Sudah lama akar umbi dalam kekaburan tanpa mengetahui ke mana halatuju parti sebenarnya.

“Jika keputusan benar dibuat, usah bersembunyi. Beranilah berterus terang dengan ahli.Beritahulah pada ahli dan akar umbi, kita tunggu penjelasan tentang perkara ini,” rayu Annuar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat