Majoriti MP umur 60 tahun ke atas sebab itu Parlimen tak boleh bersidang – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengemukakan dalil mengapa Parlimen tidak dibenarkan bersidang meskipun Yang di-Pertuan Agong telah bertitah untuk Dewan Rakyat kembali menjalankan fungsinya.

Jelas Setiausaha Agung PAS itu, separuh daripada ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi kerana berumur lebih 60 tahun.

Takiyuddin berkata, daripada 220 ahli Parlimen, 100 orang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Memang kerajaan amat serius dalam rangka membendung perkara ini termasuk ahli Parlimen.

“Saya nak nyatakan di Parlimen sekarang, ini fakta di Parlimen Malaysia ada 220 orang sebab dua orang meninggal Batu Sapi dan Gerik.

“Daripada 220 ini seramai 77 orang ahli parlimen berumur 61 tahun sehingga 69 tahun yang dikatakan kumpulan berisiko tinggi.

“Daripada 70 hingga 79 orang ada 19 orang. Daripada 80 tahun ke atas adalah seramai empat orang. Jadi hampir sebahagian ahli Parlimen kita adalah kumpulan berisiko kita tidak mahu mereka terdedah kepada perkara ini kerana kita berada dalam satu confined area, kawasan yang tertutup,” katanya pada sidang media khas bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat