Gerakan Haram UMNO Gagal, Ditolak Mahkamah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan rayuan seramai 16 bekas ahli UMNO yang memohon kebenaran mencabar keabsahan parti itu sekaligus mahu membubarkannya.

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed memutuskan selepas mendapati rayuan tersebut telah menjadi akademik kerana ia difailkan oleh mereka yang bukan lagi ahli parti tersebut.

Memetik laporan Malaysia Gazette keputusan itu dibuat melalui aplikasi Zoom selepas hujah-hujah dibahaskan oleh kedua-dua belah pihak pagi ini.

Bekas-bekas ahli UMNO yang membuat permohonan itu termasuklah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd. Ishak, Mohd. Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd. Manaf, Mohd. Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd. Suhot.

Juga memohon ialah Kamarul Abd Wahid, Mohd. Hikamal Md. Hassim, Muzamzamir Abd. Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Sebelum itu, kesemua 16 bekas anggota UMNO berkenaan telah memohon untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan kesemua mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018, dalam memberi UMNO perlanjutan tempoh untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019 yang melepasi tempoh maksimum.

Kumpulan yang sama kemudiannya memohon perintah mandamus untuk mendesak Jabatan Pendaftar (RoS) membubarkan sementara UMNO dan bagi menggantung semua aktiviti parti terbesar orang Melayu itu sehingga selesai semakan kehakiman itu.

Selain itu mereka juga memohon perisytiharan UMNO merupakan parti tidak sah sejak 20 April 2018.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan ROS.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melahirkan rasa syukur dengan keputusan ini dalam satu kenyataan hari ini.

“Alhamdulliah, Presiden juga melahirkan rasa syukurnya dengan keputusan ini.

“16 orang yang membawa kes itu bukan lagi ahli UMNO mengikut Perlembagaan UMNO Fasal 20.7. Sesyen 18C Akta Pertubuhan tidak bertentangan dengan artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Apa juga keputusan parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah. Isu semakan kehakiman juga telah menjadi akademik kerana UMNO telah melaksanakan proses pemilihan pada Jun 2018.

“Jelas bahawa adalah menjadi satu polisi awam, public policy bahawa mahkamah tidak akan mencampuri urusan parti politik,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat