Timbalan Menteri KPKM terima kunjungan hormat rakan sejawat dari Jepun

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Parlimen Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, TYT Manabu Nagai dekat sini, baru-baru ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata,
sesi pertemuan ini turut disertai oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata.

“Kunjungan ini mencerminkan hubungan kerjasama yang berterusan serta perkongsian erat antara Malaysia dan Jepun dalam bidang hortikultur, florikultur dan pembangunan pertanian.

“Hubungan perdagangan pertanian antara Malaysia dan Jepun kekal kukuh, dengan nilai perdagangan direkodkan sebanyak RM10.17 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu.

“Ia sekali gus mencerminkan peranan Jepun
sebagai salah satu rakan strategik penting Malaysia dalam memperkukuh rantaian
bekalan makanan global, ”kata kenyataan itu.

Katanya, kunjungan Nagai ke KPKM bertujuan menyusul jemputan Kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk menyertai International Horticultural Expo 2027 atau GREEN×EXPO 2027 yang akan diadakan di Yokohama, Jepun.

“Bertemakan ‘Scenery of the Future for Happiness’, ekspo ini bertujuan untuk menampilkan inovasi pertanian yang mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.

“Ekspo tersebut terbuka kepada pemain
industri dalam sektor hortikultur, buah-buahan dan agriteknologi digital, ”katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Foong Hin merakamkan ucapan terima kasih ke atas jemputan tersebut dan turut mengambil peluang merakamkan penghargaan kepada Jepun di atas penglibatan aktif dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Malaysia (MAHA) yang lalu.

Beliau turut menyampaikan jemputan kepada Jepun untuk menyertai MAHA 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September ini dengan tema ‘Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan’ di MAEPS Serdang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Dato’ Sri Norazman Ayob,
serta pegawai-pegawai kanan KPKM.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat