Lesen PSV pemandu Grab buat gangguan seksual terhadap penumpang dibatal serta-merta – Anthony Loke

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab ke atas penumpang di Johor Bahru.

Susulan insiden itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu tersebut dengan serta merta.

“Tindakan pembatalan PSV bermaksud pemandu tersebut tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

“MOT, melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan penumpang.

“MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” tegas Loke.

Dalam satu video dipercayai dirakam penumpang itu, pemandu berkenaan dilihat menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuhnya, dengan kelihatan penumpang itu menepis tangan lelaki itu.

Menerusi video tersebut, dia juga kedengaran bertanya dalam bahasa Mandarin mengenai umur wanita berkenaan dan berapa ‘harga’ untuk melanggannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat