Khairy dah tempah vaksin untuk anak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas dakyah puak antivaksin dengan mendedahkan beliau sudah membuat tempahan vaksin untuk anak bongsunya yang berusia 6 tahun sempena pelancaran program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) .

“Semalam saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

“Anak saya, umur 6 tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” kata Khairy.

Menteri Kesihatan itu berkongsi maklumat berkenaan ketika berucap pada Majlis Pelancaran program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Kata Khairy, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ia adalah selamat.

“Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.

“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau yakin dengan terlaksananya PICKids, negara dapat mencapai tahap pemberian vaksin yang memuaskan.

Katanya, dengan itu pihaknya dapat memberi cadangan kepada kerajaan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran seperti kawalan pintu masuk antarabangsa, kuarantin dan sebagainya.

“Kita bukan saja dapat menjaga kesihatan awam, tetapi merancakkan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat