Ambil alih watak ‘jin saka’

- Advertisement -

NAMA Aloy Paradoks pastinya sudah tidak asing pada kalangan penggiat seni tanah air dan industri hiburan kerana dia bukan sekadar pelakon, tetapi penulis skrip untuk drama, filem dan teater yang dikenali ramai.

Malah, nama Aloy pernah meledak dengan insiden sensasi pada 2020 lalu apabila dia tampil menuntut bayaran hasil kerjanya untuk teater komedi Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya dan diterbitkan pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Apa pun, bakat seni besar dimiliki Aloy tetap masih diperlukan dalam industri seperti bidang lakonan apabila dia aktif saja membintangi drama dan filem. Bahkan, tahun lalu Aloy muncul dengan drama Jangan Ganggu Jodohku yang disiarkan di Astro.

Drama arahan Jamal Khan berkenaan menampilkan Aloy sebagai watak Abu iaitu seekor ‘jin penjaga’ kepada tuannya, Aliza yang dilakonkan oleh Shaza Bae. Ternyata Aloy berjaya membentuk kerjasama serasi dengan Shaza yang masih baharu sebagai pelakon.

Aloy yang ditemui pada sidang media secara virtual drama itu berkata, pembabitannya dalam Jangan Ganggu Jodohku adalah menggantikan rakan artis juga pelakon Amerul Affendi untuk watak Abu berkenaan.

Katanya, Amerul yang sudah menjayakan 10 episod drama itu terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan selepas mengalami gejala teruk sebaik menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

“Saya menerima tawaran untuk menggantikan Amerul dengan hati terbuka kerana apa yang berlaku kepadanya bukan disengajakan. Jika diikutkan, saya kurang selesa menggantikan pelakon lain untuk watak yang sudah pun dilakonkan.

“Tetapi, antara saya dan Amerul sudah lama saling mengenali. Saya juga tahu, dia pelakon hebat dan terbaik dalam menjayakan setiap watak dibintanginya. Malah, Amerul pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019.

“Jadi, berpeluang menggantikan posisi ditinggalkan Amerul itu sedikit sebanyak membuat saya rasa bangga. Maklumlah, dapat ‘ambil alih’ watak daripada seorang anak seni berkaliber, berbakat dan sudah menang anugerah di peringkat luar negara,” katanya.

Mengulas juga gandingan dengan Shaza katanya, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan pendatang baharu dan pengalaman dalam lakonan pun masih hijau. Menurut Aloy, semua pelakon menimba ilmu daripada pengalaman.

“Saya okey saja bekerja dengan Shaza di lokasi penggambaran. Kami mudah mewujudkan keserasian dan dia (Shaza) juga suka bertanya serta berbincang. Bagi saya, itu cara komunikasi yang baik. Malah, Shaza juga boleh menerima teguran.

“Terus terang saya gembira sepanjang menjayakan penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku. Kami sebagai satu pasukan produksi menjalin hub

ungan baik umpama satu keluarga besar. Masing-masing saling membantu,” katanya.

Menurut Aloy, dia juga memiliki banyak kisah lucu dan menghiburkan sepanjang melakonkan watak Abu itu.

Katanya, ditambah dia juga suka buat ‘ad-lib’ dalam lakonan dan pengarah boleh menerima caranya.

Sehubungan itu, selain Aloy, Amerul dan Shaza pastinya drama Jangan Ganggu Jodohku turut dibintangi pelakon berbakat lain seperti Yusuf Bahrin, Salina Saibi, Norreen Iman dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat