Kes Gaduh Di Medan Selera Disebabkan Rebut Pelanggan, Dendam Lama – Polis

- Advertisement -

GEORGETOWN – Polis mengesahkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Medan Selera Padang Kota Lama di sini Selasa lalu berpunca daripada perebutan pelanggan dan dendam lama antara dua pihak terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang juga pengadu berusia 36 tahun susulan tular satu video berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, hasil semakan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pukul 11.40 malam kelmarin.

“Semasa pengadu berada di kedai miliknya itu telah berlaku perselisihan faham antara pengadu dengan lima lelaki tempatan sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Dua daripada lelaki tersebut merupakan adik lelakinya manakala tiga lagi merupakan sepupu kepada pengadu. Semasa pergaduhan, kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata.

“Siasatan lanjut mendapati punca pergaduhan adalah kerana berebut pelanggan dan terdapat dendam lama antara kedua-dua belah pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu jelas beliau, akibat kejadian tersebut kesemua individu terbabit mengalami kecederaan ringan iaitu luka ringan dan calar pada bahagian badan.

“Bagaimanapun, kesemua yang terlibat telah hadir menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Tambahnya, polis meminta kerjasama orang awam yang melihat kejadian berlaku diharap tampil ke IPD Timur Laut bagi membantu siasatan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat