Bersatu saja tak cukup angkat Ismail Sabri jadi PM – Nazir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu perlu sedar bahawa kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri didokong oleh pelbagai parti bukan hanya sekadar Bersatu,” tegas Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Dalam hantaran di Facebooknya, Nazir ‘menyekolahkan’ Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Jika Wan Saiful merasakan Bersatu tidak lagi mahu menyokong Ismail Sabri maka mereka boleh mengumumkan keputusan tersebut.

“Jika Bersatu berpendapat kerajaan ini perlu kekal sehingga tamat tempoh, maka orang seperti Wan Saiful perlu bertindak seperti pemain politik yang matang, bukannya bersikap keanak-anakan, marahkan nyamuk kelambu dibakar,” bidas beliau.

Nazir malah berkata, Wan Saiful perlu mendapat kepastian daripada partinya sama ada mahu terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau tidak.

“Membuat kenyataan berulang kali bahawa sokongan Bersatu terhadap Perdana Menteri adalah bersyarat tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kestabilan politik nasional mahu pun kerajaan hari ini.

“Mendakwa Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri atas sokongan Bersatu dan bukannya UMNO juga tidak tepat. Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana dokongan ahli-ahli Parlimen dalam UMNO, Bersatu, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain ahli Parlimen.

“Bersatu sahaja tidak cukup untuk mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Sama juga seperti Bersatu sahaja tidak mampu mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” tegas beliau.

Justeru kata Nazir, Bersatu dan semua pihak perlu sedar kedudukan Ismail Sabri didokong oleh pelbagai parti, bukannya satu parti sahaja.

“Sudah tentu sokongan Bersatu kepada Ismail Sabri bersyarat seperti mana juga sokongan UMNO kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin suatu ketika dahulu.

“Setakat ini Perdana Menteri telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara di sebalik kekangan kewangan kerajaan dan tekanan politik pelbagai pihak yang berkepentingan.

“Tentulah dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor ini, Bersatu rasa tersepit dan terhimpit dengan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama. Namun ini bukan isu baharu. Sebelum Bersatu menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pun UMNO telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

“Justeru faktor ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyerang Perdana Menteri. Kata orang jangan lain yang bengkak, lain pula yang bernanah,” tempelak Nazir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat