Politik PAS bukan saja sempit tapi sumbang , Isham jawab Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO tidak menghalang PAS untuk bekerjasama dengan Bersatu yang dilabel sebagai ‘pengkhianat’,” kata Isham Jalil.

Beliau yang juga Ketua Penerangan BN Selangor menyatakan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak betul.

“Tan Sri Haji Hadi, kenyataan Tan Sri ini tidak betul. UMNO bukannya mahu PAS sahaja. Dalam Barisan Nasional (BN) ada MCA, MIC dan PBRS.

“Dan kita juga bekerjasama dengan GPS. Dulu PN (termasuk PAS) kata nak bekerjasama dengan GPS. Tapi yang pergi lawan GPS di Sarawak baru-baru ini PAS.
Yang lawan BN di Melaka pun PAS juga.

” Macam mana nak bekerjasama dengan orang tetapi tuntut kerusi tak masuk akal lepas itu ugut-ugut dan lawan? Yang itu lagilah politik sempit. Bukan sahaja sempit tetapi sumbang,” bidas Isham.

Sebelum itu, Hadi menyebut tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO.

Menerusi catatan Minda Presiden PAS itu di Facebooknya pada Rabu, Hadi mendakwa UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Bersatu.

Malah Hadi mendakwa UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui BN.

“Semua mengetahui mengapa UMNO mahukan PAS sahaja dan PAS sekali-kali tidak boleh diperbodohkan dalam politik yang sempit,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Susulan itu Isham menambah, yang UMNO tidak mahu adalah pengkhianat.

“Namun Tan Sri (Hadi) pula mahu bekerjasama dengan pengkhianat. Terpulanglah. Kita tidak halang. Salam,” catat beliau berserta tanda pagar #NoNegoGoSolo.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat