Tak Cukupkah KM Dapat Kereta Baru, Kini Pejabat Exco Pula Diubahsuai? – Lau Chin Kok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MCA mempersoalkan keperluan kerajaan Negeri Pulau Pinang mengubah suai serta memperbesarkan ruang pejabat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang didakwa mencecah RM5 juta.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok berkata, apa pun alasannya perbelanjaan mewah sebegitu tidak boleh diterima ketika rakyat sedang sengsara akibat pandemik Covid-19.

“Tidak cukupkah lagi bulan lepas Ketua Menteri sudah dapat kereta baharu dengan harga RM458,000. Bukankah inilah waktu-waktunya pemimpin DAP Pulau Pinang tumpu perhatian kepada membantu rakyat.

“Alasan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pejabat Exco tidak diubah sejak zaman BN (Barisan Nasional) lagi (sejak tahun 1986) tidak boleh diterima pada waktu sebegini. Kita sedang berperang dengan Covid-19, bukan masanya untuk membazirkan wang rakyat.

“Apakah jika tak buat ubah suai tersebut, Exco Kerajaan Pulau Pinang tak boleh buat kerja? Jika tak boleh buat kerja, serah kepada orang yang boleh buat kerja bantu rakyat. Jangan membazirkan wang rakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebooknya hari ini.

Semalam, seebuah portal berita melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan projek mengubah suai serta membesarkan pejabat Exco kerajaan negeri di Komtar dengan kos hampir RM5 juta secara tender terbuka.

Ketua Menteri Pulau Pinang memberi alasan pejabat Exco tidak diubah sejak tahun 1986 (setahun selepas Komtar disiapkan) dengan setiap satu daripadanya hanya 1,400 kaki persegi.

Katanya, kos keseluruhan untuk mengubah suai pejabat Exco di aras 52 dan 53 termasuk memindahkan pejabat berkenaan ke aras 31 untuk sementara waktu menelan belanja kira-kira RM4.95 juta. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat