Semak pautan perbankan dan imej keselamatan

- Advertisement -

Pengguna perlu menyemak alamat pautan (URL) perbankan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mendaftar masuk ke akaun atas talian mereka untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan ‘phishing’.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, kegiatan penipuan ‘Phishing’ ini sudah lama berlaku namun masih ada pengguna yang terjerat walaupun pihak institusi perbankan seringkali mengingatkan kepada pengguna berhubung SOP sebelum mendaftar masuk ke akaun pengguna.

“Laman web phishing ini sememangnya direka sama dengan laman web asli sesebuah institusi perbankan namun menukar alamat pautan dan jika akses itu dibuat menerusi pelayar (browser), alamat berkenaan tidak mempunyai ikon kunci.

“Selain itu, setiap daftar masuk pengguna kepada akaun atas talian, pengguna sudah menetapkan frasa serta imej keselamatan, jika dua ciri itu tidak menepati tetapan pengguna, tutup pelayar kerana ia pasti laman web meragukan.

“Paling utama adalah pengguna tidak seharusnya berkongsi Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kerana pihak ketiga mampu untuk membuat pemindahan wang jika berkongsi nombor keselamatan berkenaan,” katanya.

Beliau menyifatkan bahawa kegagalan pengguna untuk mematuhi setiap langkah keselamatan itu adalah kesalahan sendiri kerana isu berkenaan sudah berulang kali diperkatakan.

“Jika kita masuk ke dalam laman web perbankan, kita masukkan nama kita (username) tetapi tidak keluar frasa kata keselamatan atau imej keselamatan, sebaliknya terpapar permintaan untuk memasukkan nombor telefon dan kod TAC, kita beri maklumat itu semuanya, pastinya ia tindakan kurang bijak.

“Pengguna yang bijak adalah sentiasa berhati-hati dan memastikan ruang siber adalah selamat dengan mematuhi setiap SOP berkenaan.

“Saya lihat pengguna perlu lebih prihatin dan tidak menjadi mangsa phishing ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat