4 mati dalam konsert tahun baru, polis tangguh pengeluaran permit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu yang berakhir dengan kematian empat pengunjung.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangguhan permit itu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, kata beliau, konsert-konsert yang sudah diluluskan permit sebelum ini, penganjur perlu meyakinkan polis bahawa tiada elemen terlarang seperti dadah dan alkohol dibawa masuk, selain kapasiti pengunjung yang terkawal.

“Di masa hadapan dalam sebarang anjuran konsert, semua pihak penganjur perlu beri keyakinan bahawa mereka boleh mengawal sebarang kemasukan dadah dalam mana-mana konsert.

“Sekiranya elemen ini gagal dipatuhi, kita tidak boleh benarkan sebarang konsert dilakukan yang boleh menyebabkan berakhir dengan kematian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, jumlah kehadiran di konsert Pinkfish dianggarkan 16,000 termasuk 2,000 daripada adalah petugas konsert itu.

Jelasnya, pihak polis perlu melihat penganjuran apa sahaja konsert di masa depan, sekiranya dibenarkan perlu mematuhi jumlah peserta mengikut keluasan tempat, kedua dari segi keselamatan dan ketiga pengudaraan.

Sementara itu, beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, polis mengesan terdapat aktiviti penjualan pil ekstasi di dalam dan luar konsert terbabit.

Sehubungan itu, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat giat dilakukan.

Sebelum ini, empat warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun meninggal dunia semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, 31 Disember lalu.

Berdasarkan siasatan awal, kesemua tujuh mangsa yang menerima rawatan termasuk empat daripada yang meninggal dunia dipercayai mengambil pil ekstasi.
Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat