Tiga Individu Diberkas Disyaki Terlibat Kes Samun Kedai Serbaneka

- Advertisement -

PETALING JAYA – Dua lelaki dan seorang wanita diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Jalan Cheras, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan berdasarkan maklumat orang awam pukul 1 pagi ini.

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras membuat risikan dan tangkapan di sekitar Persiaran Surian, Petaling Jaya.

“Kejadian samun terbaru itu berlaku Sabtu lalu pada pukul 3.45 pagi. Anggaran kerugian adalah sebanyak RM1500 dan dua daripada suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua suspek berkenaan bergiat aktif dengan jenayah samun sejak tiga bulan kebelakangan ini membabitkan lapan kes.

“Dengan tangkapan ini, pihak polis berjaya selesaikan lapan kes samun kedai serbaneka di sekitar Lembah Klang.

“Reman ke atas ketiga-tiga suspek dikenakan selama lima hari bermula hari ini hingga 7 Januari dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang berlaku.

“Maklumat boleh disalurkan melalui hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat