Tukang Paip Rugi RM106,300 Diperdaya Sindiket Pelaburan

- Advertisement -

SIBU – Seorang tukang paip kerugian lebih RM106,300 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan yang tidak wujud di laman media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia 50-an berurusan melalui aplikasi WhatsApp mulai awal pertengahan Disember 2022 selepas tertarik dengan tawaran pulangan pelaburan yang lumayan.

“Mangsa diberikan penerangan berkenaan pakej-pakej pelaburan dan dijanjikan keuntungan sebanyak 50 peratus dari jumlah pelaburan.

“Pada 19 Disember 2021 sehingga 4 Julai 2022 mangsa membuat pembayaran sebanyak RM106,300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat sebanyak 28 kali transaksi ke atas 10 akaun bank dan setiap kali pembayaran mangsa diberitahu bahawa harga pasaran keuntungan dan pulangan.

“Mangsa juga dijanjikan keuntungan pelaburan sebanyak RM800,000 pada September 2022, namun sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima apa-apa pulangan dan keuntungan.

“Kesemua wang bagi tujuan pembayaran diperoleh daripada wang simpanan, pinjaman daripada rakan-rakan serta daripada ahli keluarga,” katanya.

Zulkipli berkata, laporan berhubung kes itu dibuat mangsa di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan tawaran keuntungan atau pulangan yang tinggi dan menyemak status sesuatu pelaburan dengan Bank Negara Malaysia terlebih dulu agar tidak terpedaya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat