Anwar Tidak Mahu Berbalah, Selepas Mahathir Dakwa Anwar Tolak Kerjasama

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau enggan berbalah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau sebolehnya tidak mahu mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir, sebaliknya akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang perjuangan serta prinsipnya didukung Pakatan Harapan (PH).

“Itu pandangan dari luar. Tak apalah, Tun Mahathir itu kita sudah kenal lama. Biar sahaja. Apa yang penting, PKR dan PH ambil sikap terbuka dengan sesiapa yang boleh terima dasar, prinsip kita. Kalau setuju kita terima.

“Saya tidak mahu berbalah, apa yang sibuk sangat dengan kenyataan Tun Mahathir.

“Itu minggu sudah, minggu depan lain pula, saya jawab balik. Selagi sesiapa yang landasannya sama seperti tolak rasuah, kronisma dan keangkuhan kita terima,” katanya selepas program santai bersama warga PKR Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Menurut Anwar, apa yang diperkatakannya itu bukan prinsip beliau, sebaliknya ia adalah prinsip PKR dan PH untuk sekian lama.

Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Anwar dan menyifatkan menyifatkan segala janji dan kata-kata Ahli Parlimen Port Dickson tidak boleh dipercayai.

“Kita tawar kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus, tetapi Anwar tolak saya bulat-bulat.

“Saya tawarkan untuk jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja, dia tolak. Saya bagi nama Shafie (Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) pun dia tak nak,” kata Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Ikut Cara Najib, Demokrasi Sudah Tiada – Mahathir

SHAH ALAM - Usaha untuk mendaftarkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan terkubur dengan kuasa darurat yang dimiliki oleh kerajaan Perikatan Nasional pada ketika...

PH Hantar Wakil Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat – Anwar

PUTRAJAYA - Pembangkang akan menghantar tiga nama wakilnya bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran. Menterinya, Datuk Seri Alexander...