Anwar Cuma Ketua Pembangkang, Tiada Kuasa Kawal Saya – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak perlu tunduk dan berikrar untuk taat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana jawatan Ketua Pembangkang tidak memberi Anwar kuasa untuk mengawal beliau atau wakil pembangkang lain.

“Ketua pembangkang bukanlah mendapat sokongan majoriti dari wakil pembangkang, kami bukanlah bawah beliau.

“Beliau hanya dipilih sebagai Ketua Pembangkang, itu tidak memberinya sebarang kuasa untuk mengawal, kami boleh buat apa yang kami suka seperti termaktub dalam Parlimen.

“Saya juga tidaklah perlu sehingga ikrar janji setia dan sebagainya kepada beliau,” katanya dalam sidang media bersama Tengku Razaliegh Hamzah di Yayasan Albukhary di sini, hari ini.

Terdahulu Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui beliau tidak berhubung dengan Anwar untuk tempoh yang lama.

Beliau turut mengulangi tidak akan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat