PN beri laluan pada Shahidan bertanding di Parlimen Arau

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) negeri Perlis mengesahkan ada memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mewakili gabungan tersebut bagi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, laluan akan diberikan kepada Shahidan dan kini mereka hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada PAS pusat  yang sudah mengadakan perbincangan berhubung soal itu.

Katanya, nama calon kerusi Parlimen Arau yang sepatutnya diwakili oleh calon PAS dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan mengenai perkara itu masih berjalan.

“Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan yang merupakan calon boleh menang dan apa yang penting adalah memenangi sebanyak mana kerusi pada PRU-15,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Shahidan yang digugurkan sebagai calon Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding di kawasan berkenaan dengan platform parti politik yang bakal diwakilinya akan ditentukan dalam masa terdekat.

Berdasarkan bayangan, beliau bakal mewakili parti yang mempunyai semangat perpaduan ummah iaitu PN.

Shahidan juga menjadi pilihan PN untuk bertanding di kerusi berkenaan kerana bekas menteri besar Perlis itu merupakan penyandang kerusi berkenaan sejak empat penggal.

Dalam pengumuman calon BN semalam, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO, Datuk Rozabil Abd. Rahman dinamakan sebagai calon Parlimen Arau sekali gus menggantikan Shahidan di kubu beliau itu.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Tambah Mohd. Shukri, penyokong PAS dan PN tidak ada masalah dan sedia mengundi Shahidan di Parlimen Arau.

“Penyertaan Shahidan di Parlimen Arau akan membuka lebih peluang kepada PN menang di kawasan berkenaan,” kata Pesuruhjaya PAS negeri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat