Terima Kasih PM Guna Slogan ‘Ayuh Malaysia’ – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mengguna pakai dan menyokong slogan ‘Ayuh Malaysia’.

Rafizi berkata demikian mengulas ciapan Ismail Sabri semalam ketika menghadiri Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) dengan menciap “Ayuh Malaysia! Barisan Nasional P090”.

“Alhamdulillah, usaha kami di Ayuh Malaysia memberi kesedaran keluar mengundi kepada rakyat akhirnya disambut oleh (tidak lain dan tidak bukan) Perdana Menteri caretaker sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Agaknya sebab selalu ikuti ceramah saya atas trak, dia terlupa yang #AyuhMalaysia ni adalah slogan kita untuk tewaskan Umno-BN,” kata Rafizi.

Beliau malah membuat andaian kononnya Ismail Sabri ingin menghantar isyarat tersirat.

“Kecuali beliau nak hantar isyarat tersirat tolak Umno-BN sebab beliau pun dah bosan banyak sangat cantas mencantas dan drama dalam Umno-BN.

“Kata nak kerajaan stabil, belum masuk PRU pun dah huru hara.

“Apa-apa pun terima kasih kerana menyokong gerakan Ayuh Malaysia,” ucap Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat