Sebuah Kampung Orang Asli Di Pahang Dikenakan PKPD Mulai Esok – MKN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli etnik Mok di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti tunggal itu ialah di Kampung Orang Asli Pos Satak dalam Mukim Batu Talam, Daerah Raub.

Setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sudah pun merekodkan sejumlah 24 kes positif Covid-19 di perkampungan terpencil yang dihuni hampir 700 orang penduduk tersebut.

Kes pertama wabak berkenaan mula dikesan melibatkan seorang individu pada 19 Oktober lalu manakala kes terakhir pula dicatatkan pada Ahad lepas membabitkan lima lagi orang.

Perkampungan komuniti ini terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Raub atau hampir 40 minit memandu kereta menerusi Laluan C150 dari simpang tanah skim Felcra Batu Talam.

Kali terakhir perkampungan Orang Asli dikenakan PKPD ialah pada 21 Oktober lalu yang melibatkan Kampung Ruai dalam mukim yang sama juga di negeri berkenaan.

Perkampungan dihuni lebih 500 orang dari kalangan etnik Semai ini pernah dikenakan PKPD dari 22 Julai sebelum ditamatkan lebih awal daripada jadual ditetapkan pada 2 Ogos lalu.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada lokaliti sedia ada bakal dilanjutkan lagi tempoh PKPD dan ia sekali gus menyaksikan tiada juga kawasan akan ditamatkan PKPD pada esok. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat