Ribuan Pekerja Di New York Cuti Tanpa Gaji Gara-Gara Enggan Ambil Vaksin Covid-19

- Advertisement -

NEW YORK – Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengakui bahawa bandar raya itu kini mengalami masalah kekurangan pekerja selepas beribu-ribu orang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana degil enggan divaksin, lapor agensi berita United Press International semalam.

Blasio bagaimanapun memberi jaminan kepada penduduk bahawa tiada sebarang gangguan dalam perkhidmatan awam.

Semalam merupakan hari pertama pelaksanaan peraturan yang mewajibkan pekerja yang tidak divaksin mengambil cuti tanpa gaji.

Meskipun kadar pekerja yang telah menerima vaksinasi Covid-19 di New York kini adalah 91 peratus, peratusan yang direkodkan dalam jabatan polis dan bomba adalah masih rendah.

Menurut pegawai, sebanyak 84 peratus dan 80 peratus anggota polis serta bomba telah divaksin setakat ini.

Sementara itu, pejabat Datuk Bandar berkata, kira-kira 9,000 pekerja Dewan Bandar raya New York turut dicutikan tanpa gaji selepas gagal mendapatkan suntikan vaksinasi sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kira-kira 6,500 kakitangan berkaitan telah membuat permohonan bagi pengecualian yang membenarkan mereka untuk kekal bekerja dengan syarat perlu menghantar ujian saringan secara mingguan.

“Terdapat beberapa pekerja yang tidak hadir kerana mendakwa mereka sakit, sedangkan mereka tidak sakit.

“Kami percaya terdapat ramai pekerja di luar sana yang berpura-pura sakit. Ini adalah tindakan yang tidak boleh diterima,” kata Blasio.

Sementara itu, Komisioner Bomba New York, Daniel Nigro berkata, beribu-ribu anggota bomba telah mengambil cuti sakit sebagai protes membantah sekatan Covid-19 itu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin kesatuan pekerja menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan jabatan bomba ditutup bagi memastikan bandar New York berada dalam keadaan selamat. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat