Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu mengenai pewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu badan bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, perkara berkenaan dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai progres terkini usaha kerajaan terhadap akta itu.

Pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi.

Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) pula bertanyakan Menteri Dalam Negeri mengenai sektor dibenar menerima kemasukan pekerja asing baharu, bilangan pekerja asing yang diluluskan bagi setiap sektor dan jangka masa kelonggaran itu akan berlangsung.

Selepas sesi soal jawab, Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari hingga 16 Dis.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat