PERKESO Komited Bantu Kakitangan Industri Penerbangan Hilang Kerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Perkeso dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS boleh melayari laman web rasmi agensi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci kedua-dua inisiatif itu dan tatacara permohonannya.

Antara faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.

Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso, menurut kenyataan itu.

Untuk rekod sehingga Rabu lepas, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilapor kepada Perkeso bagi permohonan faedah SIP dan seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.

Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000, menurut kenyataan tersebut. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat