Mujahid Masih Di Bukit Aman, Diambil Keterangan Dakwaan Pertikai Kuasa Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang dipanggil ke Bukit Aman di sini, masih belum keluar sehingga 7 malam ini.

Mujahid diminta tampil memberi keterangan kerana beliau didakwa mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Mujahid hadir bersama peguamnya ke Bukit Aman pada 5.35 petang.

Terdahulu Mujahid melalui aplikasi Twitter memaklumkan beliau akan memberi kerjasama kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu memaklumkan Mujahid dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes yang disiasat pada Mac lalu.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948,” katanya.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat terhadap Mujahid dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung kenyataan mereka mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang pada Mac lalu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat