Mujahid Persoal Kenapa Sekarang Baru Dirinya Disiasat

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

Vaksin: Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa antara lain disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Mac di Parit Buntar yang mempertikai pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, beliau juga disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Saya dipanggil bantu siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia atas ucapan yang saya buat pada Mac di Parit Buntar.

“Siasatan ke atas saya (juga) didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai diambil keterangan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempersoalkan kenapa siasatan itu dibuat selepas beberapa bulan, selain polis mengambil masa lama untuk membuka kertas siasatan.

“Saya pelik kerana Akta Hasutan itu setahu saya semasa saya dalam PH kita tak guna walaupun ada, malang hari ini saya tak tahu kenapa akta ini dipakai.

“Ucapan saya buat di kawasan saya pada Mac setelah jatuhnya kerajaan PH dan setelah selesai Muhyiddin (dilantik) sebagai PM.

“Saya tidak tahu kenapa ia memakan masa sangat panjang. Kini baru dibuat siasatan,” katanya.

Mujahid, yang hadir bersama peguam beliau, selesai memberi keterangan pada jam 7.20 petang tadi.

Beliau disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) lebih sejam setelah tiba di Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

Mac lepas, media melaporkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang terhadap Mujahid dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang dianggap mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Ini berikutan kemelut politik yang berlaku ketika itu dan membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

PNBBC Sepakat Undi Luluskan Belanjawan 2021 Esok

KUALA LUMPUR - Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara menyatakan sokongan padu bagi meluluskan Belanjawan 2021...

Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia – Laporan

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun. Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami...