Nik Abduh puji Khairuddin ajar orang awam peraturan pakai pelitup muka dengan betul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memuji tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam

Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan bahawa tindak-tanduk Khairuddin itu memberi pencerahan kepada orang ramai tentang peraturan yang betul pemakaian pelitup muka.

“Beliau tunjukkan kepada kita dan bezakan tempat sesak yang wajib pakai dan tempat yang tidak sesak dan tidak wajib pakai pelitup muka,” katanya menerusi satu hantaran Facebook.

Nik Abduh malah menempelak kritikan yang dilemparkan terhadap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kerana disifatkan sebagai permainan politik penyokong Pakatan Harapan (PH).

“Usah terpengaruh dengan budak-budak PH yang secara terancang viralkan gambar-gambar Yang Berhormat Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat.

“Puji dan kritik hanya benar dan berpahala pada perkara yang benar sahaja,” ujarnya.

Katanya, “ambillah ingatan agama bahawa fitnah dan sebaran berita palsu berleluasa di akhir zaman”.

Terdahulu, Khairuddin membangkitkan kemarahan awam apabila gagal mematuhi peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki tiga bulan lalu.

Beliau dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut, bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu dikenakan ke atasnya.

Beberapa hari lalu pula tular gambar Khairuddin menemui orang awam tanpa memakai pelitup muka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat