Maszlee diintai Parti Muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sejurus beberapa minit Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengunduran dirinya daripada Parti Pejuang.

Beliau ‘disapa’ Ikatan Demokratik Malaysia (Parti Muda) yang dikemudi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tidak menunggu lama, Parti Muda menerusi ciapan Twitternya menyapa bekas Menteri Pendidikan itu.

“Hai Dr @maszlee! ,” sapaan itu seolah-olah memberi isyarat selamat datang ke dalam Parti Muda.

Bahkan khabar angin, Maszlee bakal menyertai Parti Muda semakin kukuh apabila, Malay Mail melaporkan sumber daripada parti itu mengesahkan ada menghubungi Ahli Parlimen Simpang Renggam untuk menawarkan penyertaan ke dalam parti berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat